Cirit-birit boleh dikenal pasti daripada kekerapan
membuang air besar dan najis cair yang berlarutan selama
beberapa hari hingga seminggu. Ia boleh disebabkan oleh
jangkitan bakteria seperti Shigella, Escherichia coli, dan
virus seperti Rotavirus, dan juga parasit. Punca cirit-birit
yang bukan disebabkan jangkitan kuman termasuk
intoleransi makanan, tindak balas terhadap ubat tertentu,
penyakit usus, atau penyakit lain yang membabitkan fungsi
usus.
Bayi lazimnya lebih kerap membuang air besar dan
najisnya lembut, lebih-lebih lagi jika menyusu ibu. Bayi
baru lahir boleh membuang air besar sehingga 10 kali
sehari, manakala bayi berusia 4 bulan mungkin membuang
air besar 3 kali sehari. Najis bayi yang baru mula
mengambil makanan pejal lebih keras. Awasi kekerapan
membuang air besar yang mungkin meningkat secara tiba-
tiba atau perubahan pada rupa najisnya. Jika najis nampak
lebih lembut dan cair daripada biasa, si manja mungkin
mengalami cirit-birit. Bayi kecil yang membuang air besar
lebih daripada sekali selepas setiap kali menyusu mungkin
juga mengalami cirit-birit
Ada kalanya, cirit-birit boleh disertakan dengan muntah,
demam, hilang selera makan, sakit/kejang perut atau
kembung perut
Tapi.. Ibu jangan keliru dengan kekerapan membuang air
besar bagi bayi yang menyusu badan. Bayi menyusu badan
yang kerap membuang air besar dan cair adalah normal.
Sekiranya bayi aktif dan ceria, itu adalah normal.
Apa yang perlu dirisaukan ialah apabila:-
✔bayi mula memakan makanan lain
✔bayi minum susu formula
✔bayi dijaga oleh orang lain (wrong EBM handling)
✔bayi mengutip objek dan memasukkan ke dalam mulut.
Cirit-birit bukan main-main,
terutama bila anak dah mula muntah2, serta enggan
makan dan minum.
Dehidrasi yang teruk boleh membawa MAUT!
Bila anak mula cirit,
pantau:
✔adakah bibirnya kering dan merekah?
✔adakah lampinnya kering (tak kencing) dalam jangkamasa
yang lama?
✔adakah ubun-ubunnya melekuk ke dalam?
✔adakah dia menangis tapi tak keluar air mata?
✔adakah dia nampak tak selesa?
Jika ada tanda2 itu, dan anak pula enggan makan atau
minum, cepat2 bawa ke hospital.
Jangan tunggu tanda dehidrasi teruk yang boleh membawa
maut seperti di bawah ni:
✔bola mata nampak terbenam ke dalam
✔denyut nadi lemah
✔pernafasan tak stabil
✔kaki & tangan sejuk
✔tidak bermaya
✔mamai
✔demam
✔cirit berterusan hingga 48 jam
Di samping itu, ibu harus memeriksa apa yang anak makan
dalam tempoh 1-3 hari kebelakangan, mungkin dari situ
boleh membuat penilaian penyebab cirit birit pada anak.
dalam tempoh 1-3 hari kebelakangan, mungkin dari situ
boleh membuat penilaian penyebab cirit birit pada anak.
Langkah2 untuk mengelakkan cirit-birit:
✔Jaga kebersihan terutama penyediaan makanan/susu
anak dan penggunaan tandas
✔Cuci tangan dengan cara yang betul
✔Jangan biarkan lantai rumah dicemari sisa makanan atau
bahan2 tercemar yang boleh dikutip oleh anak
✔Pastikan anda tahu jika anak ada intoleransi makanan
Bila anak cirit-birit, boleh berikan dia performance drink
untuk menjaga kestabilan cecair dalam tubuhnya.
Jangan lupa bawanya berjumpa doktor jika cirit
berterusan, enggan minum atau ada tanda dehidrasi.
Bagaimana menjaga bayi yang cirit-birit
✔Tukar lampin si manja anda selepas setiap kali dia membuang air besar
✔Sapu gel petroleum atau krim pada punggung bayi untuk melegakan kesakitan.
✔Tambah minuman dan teruskan diet biasa bayi.
✔Jika umurnya lebih 6 bulan dan bayi anda mengalami cirit birit selama lebih 24 jam,
anda boleh memberi bijirin, bubur nasi, pisang lenyek, lobak merah lenyek, kentang lenyek, dan makanan berserat tinggi yang lain.
✔Minta makanan tambahan zink daripada doktor anda.
✔Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan makanan tambahan zink untuk kanak-kanak yang mengalami cirit-birit selama 10 hingga 14 hari,
semasa dan selepas cirit birit kerana ia mengurangkan tempoh dan tahap keterukan cirit-birit.
✔Jangan beri ubat untuk menghentikan cirit-birit melainkan diarahkan oleh doktor.
Bilakah anda harus menghubungi doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor.
Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
✔kulit atau bibir kering
✔lemah lesu
✔menangis tanpa air mata
✔ubun-ubun yang mengecut
✔tangan dan kaki pucat
✔air kencing kuning pekat
✔kurang kencing berbanding biasa
✔kulit atau bibir kering
✔lemah lesu
✔menangis tanpa air mata
✔ubun-ubun yang mengecut
✔tangan dan kaki pucat
✔air kencing kuning pekat
✔kurang kencing berbanding biasa
Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian:
✔Cirit birit dan muntah lebih daripada 24jam
✔Demam lebih daripada 24jam
✔Enggan minum apa-apa
✔Terdapat darah dalam najisnya
✔Perutnya membuncit
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghadapai kekalutan anak diserang cirit birit
Menarik juga yang ni..
***********************************************************
DAPATKAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE HARI INI
MAHUKAN SET YANG MENGIKUT BAJET ANDA??
BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA
0124432152
BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA
0124432152
COD SELURUH
SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG
POSLAJU SELURUH MALAYSIA
Hubungi sekarang!!
0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com
0 ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING