Ahad, 16 Februari 2014

PENGEDAR SHAKLEE KEDAH | BAYI CIRIT BIRIT.. BAGAIMANA ATASINYA??


Cirit-birit boleh dikenal pasti daripada kekerapan 

membuang air besar dan najis cair yang berlarutan selama 

beberapa hari hingga seminggu. Ia boleh disebabkan oleh 

jangkitan bakteria seperti Shigella, Escherichia coli, dan 

virus seperti Rotavirus, dan juga parasit. Punca cirit-birit 

yang bukan disebabkan jangkitan kuman termasuk 

intoleransi makanan, tindak balas terhadap ubat tertentu, 

penyakit usus, atau penyakit lain yang membabitkan fungsi 

usus.


Bayi lazimnya lebih kerap membuang air besar dan 

najisnya lembut, lebih-lebih lagi jika menyusu ibu. Bayi 

baru lahir boleh membuang air besar sehingga 10 kali 

sehari, manakala bayi berusia 4 bulan mungkin membuang 

air besar 3 kali sehari. Najis bayi yang baru mula 

mengambil makanan pejal lebih keras. Awasi kekerapan 

membuang air besar yang mungkin meningkat secara tiba-

tiba atau perubahan pada rupa najisnya. Jika najis nampak 

lebih lembut dan cair daripada biasa, si manja mungkin 

mengalami cirit-birit. Bayi kecil yang membuang air besar 

lebih daripada sekali selepas setiap kali menyusu mungkin 

juga mengalami cirit-birit


Ada kalanya, cirit-birit boleh disertakan dengan muntah, 

demam, hilang selera makan, sakit/kejang perut atau 

kembung perut

Tapi.. Ibu jangan keliru dengan kekerapan membuang air 

besar bagi bayi yang menyusu badan. Bayi menyusu badan 

yang kerap membuang air besar dan cair adalah normal. 

Sekiranya bayi aktif dan ceria, itu adalah normal.







Apa yang perlu dirisaukan ialah apabila:-



bayi mula memakan makanan lain

bayi minum susu formula

bayi dijaga oleh orang lain (wrong EBM handling)

bayi mengutip objek dan memasukkan ke dalam mulut.



Cirit-birit bukan main-main, 

terutama bila anak dah mula muntah2, serta enggan 

makan dan minum. 

Dehidrasi yang teruk boleh membawa MAUT!







Bila anak mula cirit, 

pantau:


adakah bibirnya kering dan merekah?



adakah lampinnya kering (tak kencing) dalam jangkamasa 



yang lama?

adakah ubun-ubunnya melekuk ke dalam?

adakah dia menangis tapi tak keluar air mata?

adakah dia nampak tak selesa?





Jika ada tanda2 itu, dan anak pula enggan makan atau 

minum, cepat2 bawa ke hospital. 



Jangan tunggu tanda dehidrasi teruk yang boleh membawa 

maut seperti di bawah ni:

bola mata nampak terbenam ke dalam

denyut nadi lemah

pernafasan tak stabil

kaki & tangan sejuk

tidak bermaya

mamai

demam

cirit berterusan hingga 48 jam



Di samping itu, ibu harus memeriksa apa yang anak makan 

dalam tempoh 1-3 hari kebelakangan, mungkin dari situ 

boleh membuat penilaian penyebab cirit birit pada anak.





Langkah2 untuk mengelakkan cirit-birit:

Jaga kebersihan terutama penyediaan makanan/susu 

anak dan penggunaan tandas

Cuci tangan dengan cara yang betul

Jangan biarkan lantai rumah dicemari sisa makanan atau 

bahan2 tercemar yang boleh dikutip oleh anak

Pastikan anda tahu jika anak ada intoleransi makanan


Bila anak cirit-birit, boleh berikan dia performance drink 

untuk menjaga kestabilan cecair dalam tubuhnya. 


Jangan lupa bawanya berjumpa doktor jika cirit 

berterusan, enggan minum atau ada tanda dehidrasi.




Bagaimana menjaga bayi yang cirit-birit


Tukar lampin si manja anda selepas setiap kali dia membuang air besar

Sapu gel petroleum atau krim pada punggung bayi untuk melegakan kesakitan.

Tambah minuman dan teruskan diet biasa bayi.


Jika umurnya lebih 6 bulan dan bayi anda mengalami cirit birit selama lebih 24 jam, 

anda boleh memberi bijirin, bubur nasi, pisang lenyek, lobak merah lenyek, kentang lenyek, dan makanan berserat tinggi yang lain.
Minta makanan tambahan zink daripada doktor anda. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan makanan tambahan zink untuk kanak-kanak yang mengalami cirit-birit selama 10 hingga 14 hari, 

semasa dan selepas cirit birit kerana ia mengurangkan tempoh dan tahap keterukan cirit-birit.

Jangan beri ubat untuk menghentikan cirit-birit melainkan diarahkan oleh doktor.


Bilakah anda harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. 

Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
kulit atau bibir kering
lemah lesu
menangis tanpa air mata
ubun-ubun yang mengecut
tangan dan kaki pucat
air kencing kuning pekat
kurang kencing berbanding biasa

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian: 

Cirit birit dan muntah lebih daripada 24jam
Demam lebih daripada 24jam
Enggan minum apa-apa
Terdapat darah dalam najisnya
Perutnya membuncit

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghadapai kekalutan anak diserang cirit birit



Menarik juga yang ni.. 




***********************************************************
DAPATKAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE HARI INI


MAHUKAN SET YANG MENGIKUT BAJET ANDA??
BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA 
0124432152



COD SELURUH

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH

KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG


POSLAJU SELURUH MALAYSIA
Hubungi sekarang!!

0124432152

iR JULIA BINTI JAMIL
998011


juliajamil79@yahoo.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING