Isnin, 29 September 2014

NUTRIFERON SHAKLEE | CARA PENGAMBILAN UNTUK KANAK-KANAK


Kita sering kali diserang demam, batuk dan selsema lebih-

lebih lagi kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak 

biasanya mempunyai sistem imunisasi yang lemah kerana 

mereka kekurangan nutrien dan terdedah dengan pelbagai 

pencemaran.




Shaklee mempunyai satu produk yang mana dapat 
mengaktifkan sistem pertahanan tubuh badan kita iaitu 
nutriferon. Apabila sistem pertahanan badan diserang dan 
menjadi lemah, nutriferon membantu menggerakkan siste
pertahanan agar segera bertindak terhadap serangan 
tersebut.


Untuk kanak-kanak kecil yang sihat, 
berikan nutriferon 1/4 sachet sahaja dalam seminggu, 

utk kanak-kanak 6 tahun ke atas
1/2 sachet  seminggu

untuk 12 tahun ke atas sehingga dewasa
1 sachet seminggu

*boleh diambil secara terus atau bancuh dengan air 
dan di minum. 

*jika telah diserang demam berikan setiap 
hari hingga sembuh. 

Ahad, 28 September 2014

SUASANA ILMU VS SUASANA PANGGUNG WAYANG | SUASANA BAGAIMANAKAH RUMAH ANDA!

TIPS MEMUPUK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR

***Hapuskan Majlis Kelalaian dalam Rumah Kita***

Berat mulut saya untuk mengatakan perkara ini, tetapi demi merealisasikan fikir risau Rasulullah saw ke atas ummat ini, maka saya kuatkan tangan untuk menaipnya. 

Jika kita ingin anak kita suka belajar, rumah kita perlu ada “suasana ILMU”. Tidak boleh ada suasana panggung wayang atau kelab karaoke dalam rumah kita, kerana suasana-suasana seumpama ini akan “membunuh” suasana ilmu yang ingin kita wujudkan tadi.

Katakan begini..

Sekiranya rumah kita berbau busuk kerana ada sampah yang sudah lama tidak dibuang, maka kita pun cuba untuk mewangikan rumah kita dengan pelbagai cara. Kita sembur minyak wangi X, kita pasang aromatherapy X, kita pasang penyembur wangian otomatik X dsb.

Tapi jika kita buat semua tu tapi dalam masa yang sama, kita tak mahu buang sampah yang busuk tadi. Agak-agaknya lah kan, bau busuk tadi boleh hilang tak?

Tentu TIDAK kan? Kita perlu buang sampah yang busuk tu dulu..
Kemudian, barulah sembur minyak wangi dsb. InsyaAllah, selepas itu, barulah rumah kita akan berbau harum dan wangi sepanjang hari.

Macam tu juga dengan majlis kelalaian. Sekiranya majlis panggung wayang ada di rumah kita, tetapi dalam masa yang sama, kita mahukan suasana ilmu terwujud dalam rumah kita, maka, usaha kita akan menjadi sia-sia. Belilah satu lori buku sekalipun, anak kita tetap tak suka membaca.

Kerana …Satu kebaikan dan satu kemungkaran tidak akan duduk dalam satu tempat yang sama. Apabila kemungkaran ada di rumah tersebut, maka kebaikan akan lari. Malaikat akan lari. Rahmat Allah swt akan pergi. Keampunan Allah swt juga akan pergi sekali.

Jadi saranan saya, mulai hari ini, buatlah keputusan untuk menutup TV di rumah kita buat selama-lamanya. Dengan TV, kita tidak dapat mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak kita. Kita tidak dapat mengawal masa belajar mereka. Kerana, tarikan TV lebih kuat daripada tarikan buku.
Dan natijahnya, kita juga yang susah..
Nak suruh anak belajar susah, nak suruh anak solat susah, nak minta tolong anak khidmat pun susah..

Pendek kata, TV menyebabkan anak-anak kita sukar untuk dibentuk mengikut acuan kita. Jadi sekarang, buatlah keputusan..nak didik anak dengan senang, atau jalan yang susah.
Kalau begitu, nak buat apa, kalau anak rasa bosan??
Didik anak-anak kita untuk menggantikan TV dengan membaca Al Quran dan terjemahannya. Gantikan TV dengan zikrullah.
Gantikan TV dengan membaca buku-buku. Gantikan TV dgn bermain permainan yg membina fizikal & minda.

Tunjukkan contoh kepada mereka, inilah caranya untuk kita memanfaatkan masa yang kita ada. 

Walaubagaimana pun, ibubapa masih lagi boleh menggunakan TV.
Tetapi, TOLONG pilihkan dan aturkanlah saluran yang sesuai ditonton oleh anak-anak kita, (seperti memasang DVD pendidikan, bacaan Quran dsb.) InsyaAllah, sedikit demi sedikit Allah swt akan campakkan sifat cinta pada ilmu dan amal kepada anak-anak kita, selagimana kita lakukan ini semua untuk mendapat keredhaan Allah swt. InsyaAllah..Aamin 

KENAPA CINCH SHAKLEE TERBAIK UNTUK PENGURUSAN DIET!


Cinch shake mix merupakan salah satu produk yang paling sesuai dalam program pengurusan berat badan.

jom kita tengok kenapa saya kata terbaik!!

Apa manfaat pottasium ni??


Mencegah Kenaikan Tekanan Darah

Kegunaan potassium dalam hal ini adalah sebagai perencat semulajadi, membantu tubuh mengeluarkan lebihan cecair, sehingga meredakan tekanan.


Menurunkan Risiko Stroke Hingga 38%

Potassium berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, sehingga menurunkan risiko penggumpalan darah yang dapat menyebabkan stroke.


Meningkatkan Kekuatan Tulang

Potassium membantu mencegah kehilangan kalsium dengan menyeimbangkan kadar pH dalam tubuh.


Menjaga Kekenyalan Otot

Potassium meneutralkan asid yang menyebabkan  penurunan otot.


Mencegah Penyakit Batu Karang

Potassium menurunkan jumlah kalsium dalam air kencing dan mengurangkan tahap keasidan, yang menyebabkan pembentukan kristal pada buah pinggang.




Apa pulak fungsi serat (fiber)



Serat telah terbukti membantu melancarkan pencernaan
Selain itu, serat juga dapat mencegah dari pelbagai serangan penyakit. 
Kebanyakan orang hanya mengetahui itu saja manfaat dari serat. Padahal serat juga mempunyai peranan yang penting bagi kesihatan tubuh, sama pentingnya dengan makanan sihat dan zat-zat lain yang diperlukan tubuh. 

Manfaat lain serat:-

Menjaga kesihatan usus 

Memang tidak ada kaitannya antara makanan berserabut dengan risiko kanser usus besar. Walaupun begitu, pengambilan makanan yang berserat dalam kuantiti yang sesuai, secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan usus secara keseluruhan. 

Memanjangkan usia 

Mengambil serat sesuai keperluan harian iaitu 14 gram dalam setiap 1000 kalori, mempunyai peluang hidup 9 tahun lebih lama berbanding dengan orang yang tidak memenuhi keperluan serat hariannya. 

Mencegah diabetes 


Makanan berserat tinggi diketahui juga cukup ampuh dalam melambatkan penyerapan gula di dalam kadar darah. Dengan begitu, orang yang selalu memenuhi keperluan serat setiap harinya akan mempunyai risiko yang lebih kecil mengalami diabetes jenis 2 berbanding dengan mereka yang tidak mengambil serat. 

Melancarkan pencernaan 

Banyak orang yang mengalami masalah pencernaan sehingga membuatnya susah untuk buang air besar. Hal ini boleh jadi kerana kurangnya pengambilan serat setiap harinya. Bila anda sering mengalaminya, sebaiknya pengambilan serat sesuai keperluan harian agar pencernaan anda tidak bermasalah. 

Mencegah serangan jantung 


Menurut sebuah kajian jangka panjang, makan makanan berserat juga dihubungkan dengan pencegahan penyakit jantung. Selain itu, kajian tersebut juga membuktikan jika serat dapat mencegah keradangan dan menurunkan tekanan darah. 

Kurangkan kolesterol 

Serat larut mempunyai peranan penting untuk menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh, yang menjadi punca kepada penyaki kardiovaskular. 

Kurangkan berat badan 

Serat mempunyai kecenderungan memberikan kesan kenyang pada waktu yang cukup lama. 
Hal ini boleh dimanfaatkan, terutama bagi anda yang sedang menjalani program diet, sehingga boleh berkesan dalam menurunkan berat badan.



cuba tengok statement yang saya dah highlight kan atas tu.

Potassium membina otot
Serat mengurangkan berat badan..

so bila berat badan turun.. 
lemak-lemak yang tak diingini tu digantikan dengan OTOT

Best kan???



************************************************


DAPATKAN SUPLEMEN ANDA HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com


Sabtu, 27 September 2014

KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL

Bismillahirrahminirrahim.

Hari ni saya nak kongsikan tips nak elakkan kaki cramp masa hamil..



Bercerita berkenaan kekejangan kaki tak dapat dinafikan rata-rata ibu hamil pasti akan melaluinya.. 

Macam mana atasi kekejangan??

Di sini saya kongsikan sedikit tips atasinya..





1.Kerapkan melakukan regangan dan memicit bahagian kaki yang kejang. 

2.Berdiri sejenak atau berjalan-jalan bagi melancarkan circulation darah


3.Alaskan kaki dengan bantal semasa tidur. 
biarkan kaki tinggi sikit maka peredaran darah akan menjadi lebih lancar. 

4.Lakukan teknik ini.adalah tolak tapak kaki kehadapan sambil tekan lutut macam gambar kat bawah ni: 




Semoga perkongsian ini berguna!


************************************************


DAPATKAN SUPLEMEN ANDA HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com

ESP SHAKLEE | SUMBER PROTEIN SEMULAJADI TERBAIK!

Malam ni saya nak kongsikan  cerita ESP dan kombinasi terbaik ESP..


Kenapa ESP ni istimewa??

1. NON GMO SOY dan diproses pada suhu rendah

2. Mengandungi 9 asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia

3. RENDAH GLISEMIK - mengandungi kandungan Indeks Glisemik yang rendah ( Sesuai untuk pesakit Diabetes)

4. HALAL



Ok nak tahu apa kombinasi yang menjasi sebutan ramai??
Jom kita tgk..



♥ESP + alfalfa :Milkbooster
» Meransang penghasilan susu ibu
» Memberi tenaga kepada ibu




♥ESP + Zinc Complex : Set Pembedahan
» Membaik Pulih luka 
» Mengurangkan stretchmark bersalin




♥ESP + Lecithin Complex : Set Slimming
» Memberi rasa kenyang berpanjangan
» Membakar Lemak Degil




♥ESP + GLA Complex : Set Kesuburan
» Menstabilkan Hormon
» Teraturkan Hormon
» Mengecutkan cyst




♥ ESP + VITA E : Set Kulit Cantik
» Menghilangkan Parut Jerawat 
» Anti Penuaan
» Membantu pertumbuhan sel kulit baru




♥ESP + OMEGAGUARD : Set Bayi Bijak
» mengandungi DHA dan OMEGA-3 yang baik untuk minda bayi
» Diamalkan sejak hamil- memberi tenaga kepada ibu hamil



♥ ESP + PEPPERMINT GINGER PLUS : Set Gastrik
» Membantu pencernaan 
» Membuang angin degil dalam badan






[PENGEDAR SHAKLEE KESAYANGAN ANDA]
012.443.2152

Jumaat, 26 September 2014

MIGRAIN



Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. 


Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. 


Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.


Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu:

Migrain tanpa aura
Migrain dengan tanda aura
Opthalmoplegic migrain
Status migrain

Tanda-tanda atau simptom bagi setiap jenis migrain:


Migrain tanpa aura

Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis. Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual, serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula amatlah sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Migrain dengan tanda aura


Migrain jenis ini jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jeinis ini berlaku, penghidap akan teras mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan selama beberapa minit.

Opthalmoplegic migrain

Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga menyebabkan mata menjadi juling dan menjadi buta buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, migrain jenis ini terlalu jarang berlaku dan turut mengakibatkan pesakit mengalami hilang pandangan dalam masa beberapa minit. Dalam situasi ini mata akan menjadi sepet sebelum menjadi  juling (retinal migraine)

Status migrain

Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan dan boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat serangan strok . Jika berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah-muntah dan mengalami sakit perut yang berulang-ulang.
"Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti 'severe' iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-duanya. Serangan migrain juga boleh muncul melalui 'local' iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.
Pesakit juga akan mengalami 'pallor' atau situasi berpeluh di mana kebiasaannya pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan migrain yang datang daripada faktor cahaya dan buyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut.


Cara-cara untuk mengatasi migrain:



Serangan migrain mungkin juga adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian. Berikut adalah antara cara-cara yang boleh diusahakan untuk mengatasi serangan migrain:



1. Tidur yang cukup

Jangan bebani hari anda dengan melakukan kerja tanpa mengambil masa untuk berehat dan makan. Ambil masa yang ada dan cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. 

Sebaiknya tidur 6 hingga 8 jam sehari

Rehatkan otak anda dan serahkan segalanya kepada mekanisma tidur.


2. Bersenam

Sesetengah berpendapat bahawa bersenam mampu mencegah serangan migrain. Berjoging dan senaman ringan seperti aerobik, berjalan, menaiki tangga bole membantu anda mengatasi serangan migrain.



3. Meditasi

Meditasi adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi serangan migrain. 

Stress juga bole menyebabkan anda cenderung kepada migrain. 

Jadi, duduk dengan menyilangkan kaki anda secara selesa dan pejamlah mata seketika. Lupakan segala masalah, fikirkan yang anda sedang berada di suatu tempat yang aman seperti taman, tepi pantai, atau tempat yang tenang bagi anda dan senyum. :)


4. Menjaga pemakanan

Pakar pemakanan dan naturopati, Max tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Anda juga harus berhati-hati dengan kafein kerana ia boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. 

Amalkan minum air kosong yang cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta teh herba. Tekanan darah tinggi juga boleh cenderung kepada serangan migrain. 

Justeru itu, kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian anda. Pengambilan makanan segera juga harus dititik beratkan kerana kandungan bahan kimia didalamnya juga salah satu penyebab anda terkena serangan migrain.

Cadangan Suplemen Untuk Migrain



B Complex




Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.



Pilihan untuk anda? 

B Complex Shaklee yang lengkap dengan semua vitamin B memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.




Ostematrix


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. 


Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.



Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


************************************************


DAPATKAN SUPLEMEN UNTUK MIGRAIN HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com

Khamis, 25 September 2014

APA ITU PCOS? (POLYCYSTIC OVARY SYNDROME)

Apa itu PCOS

PCOS adalah singkatan kepada 

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS) - sindrom ovari polisistik 

ialah satu keadaan dimana hormon wanita tidak seimbang. 

Dan keadaan yang boleh menganggu sistem peranakan wanita diamana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan seterusnya membuatkan ia sukar hamil.


Menurut Dr Hamit Arshad (Pakar Sakit Puan) :
"Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan."

Menurut Dr. Suriati Akmal Mahari
Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras:

kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"



TANDA-TANDA PCOS

Adakah anda mengalami situasi berikut :-

 pertumbuhan bulu bulu di badan @ di muka bertambah, 



 haid tidak teratur atau tidak datang berbulan bulan, 

gelap di bahagian celah kangkang @ leher @ ketiak, 

✔ kencing manis, 

jangkitan kulan di vagina, 

✔ jerawat 




Perbezaan Ovari Normal dan PCOS





Punca PCOS

Biasanya PCOS berkait rapat dengan genetik atau keturunan. Ini bermakna jika mak kita atau sedara perempuan kita mengalami PCOS yang lain juga turut mengalami PCOS. 

Tapi bukan semua PCOS berpunca dari keturunan.



Kaitan PCOS dengan Kesuburan

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. 

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan. Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.



Betul ke PCOS Sukarkan anda hamil??


YA!!
 PCOS adalah salah satu punca susah nak MENGANDUNG !!!

tapi jangan kecewa.. sebab yang mengalami PCOS tidak mustahil untuk anda mandapat zuriat sendiri :)

Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. 

Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi.

Risiko Jangka Panjang

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantungtahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin.

 PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. 

Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.


Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.



Pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Mahes Sittampalam, 
"kitaran haid yang tidak menentu adalah antara gejala yang menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
PCOS adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak diperkatakan mengenainya. Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berumur lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari. Ini menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular "

Alfalfa Complex dan Pesakit PCOS

Boleh tak pesakit PCOS ambik Alfalfa Complex?

Menurut pembacaan saya di blog Dr zubaidi di sini ,
pesakit PCOS bukan sahaja mengalami masalah kesuburan tetapi juga mungkin mengalami masalah Insulin Resistance yang akhirnya menyebabkan masalah Metabolic Disease yang akhirnya mereka berisiko mengalami Diabetes Mellitus dan juga sakit jantung di usia muda. 



Menurut kajian, penggunaan suplemen yang mengandungi Phytosteron oleh wanita yang mengalami PCOS boleh membaiki masalah Metabolic Disease.

*Metabolic Syndrome adalah kumpulan masalah 3 serangkai (Obesiti, tekanan darah tinggi, tahap kolestrol dan gula dalam darah tinggi) yang akhirnya akan mengundang sakit jantung dan kencing manis


Alfalfa Complex ada kandungan Phytostrogen (sama sifat dengan kacip fatimah tau!)


BERMAKNA.. 

ALFALFA COMPLEX SELAMAT DI AMBIL DAN INSYAALLAH MEMBANTU MERINGANKAN RISIKO PENYAKIT 3 
SERANGKAI



************************************************


DAPATKAN SUPLEMEN ANDA HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com