Memaparkan catatan dengan label GLA Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GLA Complex. Papar semua catatan

Jumaat, 5 September 2014

PENGEDAR SHAKLEE KEDAH | PUNCA-PUNCA SENGGUGUT | ATASI SENGGUGUT DENGAN GLA SHAKLEE

Kaitan senggugut dengan kesuburan wanita

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. 

Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). 

Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. 

Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.


BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU


Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. 

Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium

Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'.

 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 

'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. 
Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.


SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. 
Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. 

Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. 

Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID

Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK

Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

TANDA-TANDA SENGGUGUT

- kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.

- sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatngan haid.

- terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.

- mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.

-kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.



Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:
-sakit kepala
-rasa loya
-muntah-muntah
-masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
-mudah pitam atau pengsan.
-simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
-kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.



*******************************************

DAPATKAN SET SENGGUGUT  TERBAIK HARI INI

COD SELURUH 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH

KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA


Hubungi sekarang!!


0124432152

iR JULIA BINTI JAMIL
998011


juliajamil79@yahoo.com

Selasa, 8 Julai 2014

JERAWAT BERTAMBAH SELEPAS AMBIL Vita-E Complex™ | MENGAPA DAN CADANGAN MENGATASINYA



Seperti semua sedia maklum, Vita-E Complex™ adalah 
salah satu suplemen hebat yang menyelesaikan 
kebanyakan masalah kulit. Banyak testimoni kejayaan 
pelanggan mendapat manfaat terbaik dengan Vita-E 
Complex™ . 

Namun tidak kurang juga ramai yang mengadu bila 
makan jer mesti naik jerawat. Jerawat yang takde isinya 
pulak tu. Bila picit tak keluar apa-apa pun. Kesan picit itulah 
yang akan jadi parut!

Rungutan Pelanggan Pertama kali ambil 
Vita-E Complex™


"Membazir jer saya beli Vita-E Complex™ sebab tak boleh 
nak makan. Sayang punya pasal, saya jadikan masker. 
Saya andaikan tidak akan berlaku apa-apalah (dengan 
harapan, kulit bertambah cantik je).
Namun sekali lagi saya frust! Vita-E Complex™ memang 
tidak serasi dengan kulit saya. Semakin ranum jerawat 
singgah di kulit muka saya, lebih-lebih lagi di kawasan dahi."

Ini adalah sebenarnya sebahagian daripada proses biasa 
rawatan yang di alami oleh pengamal suplemen yang 
dinamakan HEALING CRISIS ataupun KRISIS 
PENYEMBUHAN.

BACA LEBIH LANJUT BERKAITAN HEALING CRISIS

Di sini saya hanya sarankan Vita-E 
Complex™ ini kepada customer yang sedia menghadapi 
CABARAN HEALING CRISIS SAHAJA. 

KERANA BUKAN SENANG NAK 
CANTIK TAU!!

Bagaimana atasi jerawat bercambah selepas ambik Vita-
Complex™

Mengikut kajian, orang yang mengalami masalah kulit 
seperti kulit kering, kulit berminyak, mempunyai jerawat 
yang banyak, jerawat resdung, kulit sensitif dan kulit 
kombinasi belum boleh mengamalkan Vita-E Complex™ 
lagi.

Kulit bermasalah tersebut mesti mengambil GLA Complex 
terlebih dahulu untuk mengimbangi hormon dalam tubuh. 
Mereka yang mengambil Vita-E Complex™ naik jerawat itu 
adalah disebabkan oleh hormon dalam tubuh yang tidak 
stabil.



Ada testimoni pelanggan  yang tak boleh amalkan  Vita-E 
Complex™ untuk hilangkan jerawat telah amalkan GLA 
Complex selamat  6 bulan juga  sebagai rawatan awal.
alhamdulillah beliau dapati kulit  muka glowing dan 
bertambah sekata. 
Sebelumnya kulit beliau tidak sekata disebabkan oleh kesan 
pemakaian tudung. Kawasan kulit yang ditutup oleh tudung 
itu lebih cerah berbanding dengan kawasan yang terdedah. :)


Bermulalah Sesi Baru Tanpa Naik 

Jerawat!


Selepas jerawat di muka sudah ‘segan’ untuk tumbuh, 
maka barulah boleh mencuba mengambil semula Vita-E 
Complex™ itu 
dan hasilnya insyaAllah pasti mengujakan anda.

Testimoni pelanggan tadi.. 
"Jerawat tidak lagi tumbuh, malah kesan parut juga 
beransur pudar. Alhamdulillah. Kini saya sudah seminggu 
mengamalkan Vita-E Complex™ dan ianya telah serasi 
dengan kulit saya. Kulit saya bertambah lembab dan terasa 
tegang jer! :) Kalau macam tu, betullah tanggapan saya 
selama ini bahawa Vita-E Complex™ ini sememangnya 
sangat hebat!"

Kesimpulannya di sini pentingnya untuk kita tahu cara satu-
satu vitamin itu berfungsi untuk mendapat kesan yang 
maksima. Jangan terlalu cepat menyalahkan vitamin, 
sedangkan cara pengambilan kita yang salah. Pasti ada 
sebab mengapa vitamin yang kita ambil tidak berkesan, 
malah ada yang sehingga memudaratkan diri sendiri pula.

lagi testimoni pelanggan yang berjaya dengan rawatan GLA 
Complex sebelum Vita-E Complex™

"Kini Vita-E Complex™ tidak lagi naik jerawat kepada saya, 
malah Vita-E Complex™ membantu saya untuk 
mendapatkan kulit yang cantik. Tak sabar nak tengok kesan 
pengambilan Vita-E Complex™ selepas 3 hingga 4 bulan 
pengambilan! :)"





************************************************

DAPATKAN VITAMIN E SHAKLEE HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com

Isnin, 17 Februari 2014

Evening Primrose Oil (EPO) vs GLA Complex (Borage Oil)

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. 



EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.





Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.


Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? 

Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO iaitu 

3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali 

lebih berkesan dari EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam 

secara organik di kawasan Saskatchewan.



Bukan itu saja, GLA Complex 

shaklee mengandungi Vitamin E yang membantu 

melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu 

menguatkan sel dan minyak biji bunga matahari yang 

kaya dengan asid lemak Omega-6.








*************************************************
DAPATKAN GLA COMPLEX SHAKLEE HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH

KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152

iR JULIA BINTI JAMIL

998011

juliajamil79@yahoo.com




GLA COMPLEX DAN KHASIATNYA


Kandungan GLA Complex 






Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage 

yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid 


linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 


Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara 

tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, 

sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-

tanda putusnya haid.




Khasiat GLA Complex


• Membantu Mengawal dan mengatur kitaran haid

• Membantu meningkatkan kesuburan

• Melegakan PMS (Pre Menstrual Syndrome)


• Membantu dalam menangani monopaus


• Menguatkan Kuku dan Rambut

• Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-ser

• Membantu menangani Ekzema

• Melegakan symptom akibat arthritis rheumatoid

• Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

• Menguatkan imun tubuh

• Memperlahankan proses penuaan

• Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan 

serangan jantung

• Mengawal kencing manis dan darah tinggi

• Mengawal kolestrol

• Untuk fungsi saraf






*************************************************
DAPATKAN GLA COMPLEX SHAKLEE HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH

KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152

iR JULIA BINTI JAMIL

998011

juliajamil79@yahoo.com