Anda pasti terganggu dengan sikap rakan atau orang
tersayang yang kerjanya asyik berulang alik ke tandas
selang beberapa minit. Setiap kali di ajak keluar, mereka
begitu cerewet terutama lokasi tandas awam. Bagi yang
tidak memahami, ia memang menyakitkan hati, namun itu
antara profil biasa pesakit yang mengalami penyakit
kencing tidak lawas atau Inkontinens Urinari (UI).
Ramai beranggapan Inkontinens Urinari (UI) atau kencing
tidak lawas adalah masalah yang lazim dialami golongan
lebih berusia, hakikatnya sesiapa saja pernah mengalami
pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
tidak kira berapa pun usia mereka.
Pakar Perunding Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Lo Hwa Loon menjelaskan, UI merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal yang dua kali ganda berlaku lebih kerap di kalangan wanita berbanding lelaki disebabkan oleh perbezaan anatomi di kawasan pelvis.
"Hampir 30 peratus wanita Malaysia mengalami penyakit
ini. Bagi kedua-dua jantina, UI mungkin disebabkan oleh
faktor fizikal manakala bagi wanita pula, kehamilan,
melahirkan dan menopaus adalah antara punca penyakit
ini," katanya.
UI adalah satu kebenaran yang pahit buat pesakitnya, oleh
itu Persatuan Urologi Malaysia (MUA) sentiasa menerajui
usaha untuk memberi kesedaran mengenai UI kepada orang
ramai dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan
menekankan kepentingan bantuan perubatan bagi
menguruskan penyakit itu dengan lebih berkesan.
Jelas Dr Lo, ada tiga jenis UI utama iaitu inkontinens
tekanan, inkontinens desakan dan inkontinens campuran.
Inkontinens tekanan ialah pembuangan air kecil secara
tidak terkawal apabila tekanan dikenakan pada pundi
kencing ketika ketawa, bersin atau batuk. Inkontinens
desakan ialah desakan kuat untuk membuang air kecil yang
berlaku secara tiba-tiba dan disusuli pembuangan air kecil
secara tidak terkawal.
Gabungan inkontinens
"Dalam sesetengah kes, pesakit juga mengalami inkontinens
campuran iaitu gabungan inkontinens tekanan dan
inkontinens desakan," katanya.
Walaupun UI bukanlah keadaan yang boleh membawa maut,
ia mempunyai kesan fizikal dan psikologi kepada pesakit.
Jangkitan bakteria biasanya berlaku dan turut
menyebabkan kurang keyakinan diri akibat kehilangan
kawalan pundi kencing. Jika ini berlaku, pesakit amat
dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional
pengamal perubatan sekiranya mereka mengalami gejala UI
seperti kebocoran kecil atau air kencing meleleh.
Bagi pesakit yang disyaki mengalami UI, langkah pertama
ialah penilaian sejarah perubatan mereka untuk
mendiagnosis jenis UI yang dialami. Kemudian, satu ujian
fizikal akan dijalankan untuk mengesan tanda masalah
kesihatan yang mungkin menyebabkan inkontinens.
Pengurusan penyakit
Rawatan tingkah laku ialah strategi pengurusan penyakit
yang biasanya dijalankan ke atas pesakit.
Rawatan ini membabitkan
latihan otot pelvis,
latihan semula pundi kencing,
pengurangan berat badan,
perubahan diet dan
berhenti merokok.
Disebabkan jenis rawatan yang berkesan adalah berbeza
mengikut individu, maka pilihan rawatan pesakit adalah
bergantung kepada jenis dan betapa serius malah UI yang
dialami serta cara hidup dan pilihan pesakit.
Antara kaedah rawatan yang disediakan mengikut
keperluan individu termasuk rawatan tingkah laku, ubatan,
pembedahan, alat khas yang dimasukkan ke dalam vagina
untuk mengurangkan tekanan dan lelehan, maklum balas
bio (biofeedback), stimulasi saraf dan kateter
(catheterization).
kisah berkaitan masalah kencing tak lawas
1.Padah tahan buang air kecil
Kehidupan ketika menuntut di sebuah sekolah berasrama
penuh di Muar, Johor, banyak mengajar Murni Wahid, 35,
(bukan nama sebenar) mengenai betapa peritnya derita
seorang pesakit inkontinens urinari UI, atau kencing tidak
lawas.
"Bagi anak kampung seperti saya, peluang bersekolah di
sebuah sekolah berasrama penuh selepas mendapat
keputusan yang baik selepas menduduki Peperiksaan
Penilaian Darjah Enam, semestinya amat membanggakan
keluarga. Ketika di tingkatan satu, bukan saja pencapaian
akademik yang baik, tetapi saya juga seorang pelajar yang
aktif dengan hoki dan mewakili sekolah,"
katanya.
2.Takut ke tandas
Bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini, pengalamannya
dengan inkontinens urinari bermula akibat rasa takutnya
untuk membuang air kecil sendirian terutama pada waktu
malam. Akibat sikap penakut itu, dia lebih sanggup
menahan diri dari ke tandas sehinggalah hari menjelang
siang.
"Bukan itu saja, malah setiap kali sesi latihan hoki
berjalan, saya malas hendak ke tandas kerana bimbang
mengganggu latihan. Tabiat menahan kencing ini lebih
menjadi jadi ketika saya terpilih untuk bermain hoki
mewakili daerah,"
katanya juga yang kurang mengamalkan minum air masak
ketika itu.
Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada satu
hari ketika menyertai perhimpunan sekolah. Sebagai
pengawas sekolah, hari itu Murni perlu berdiri di pentas
utama ketika Ketua Pengawas membacakan ikrar. Seperti
biasa gesaan untuk kencing tiba-tiba datang dan dia
terpaksa menahan diri kerana masih di pentas.
"Selesai sesi perhimpunan dia terus bergegas ke tandas,
malangnya ketika membuang air hanya beberapa titis saja
yang keluar. Malah dia terasa panas dan pedih serta sakit
pada ari-ari.
Baru saja melangkah keluar, sekali lagi gesaan untuk
buang air datang. Keadaan ini berulang selama beberapa
bulan sehingga rakan-rakan dan guru mula mengesyaki
sesuatu yang tidak kena dengannya.
3.Peka perubahan
"Saya jadi sangat tertekan, kerana hidup serba tidak kena,
hinggakan ia menjejaskan persahabatan dan pembelajaran.
Mereka tidak faham mengapa saya sering menjauhkan diri
dan semakin kurang menyertai sebarang aktiviti sekolah.
Saya hampir murung. Namun nasib saya baik kerana
walaupun ibu bapa tiada bersama, mereka sangat
mengambil berat dan peka dengan perubahan pada diri
saya.
"Sebelum ibu bapa saya berprasangka yang bukan-bukan,
saya kuatkan diri untuk menceritakan hal sebenar,"
jelasnya lagi yang terus dibawa berjumpa pengamal
perubatan.
Dia disahkan mengalami inkontinens desakan ialah desakan
kuat untuk membuang air kecil yang berlaku secara
tiba-tiba dan disusuli pembuangan air kecil secara tidak
terkawal. Bagi memastikan dia pulih sepenuhnya, Murni
keluar dari asrama dan berulang ke sekolah dari rumah
untuk memastikan rawatan lebih berkesan.
Doktor menyarankan rawatan tingkah laku ialah strategi
pengurusan penyakit yang biasanya dijalankan ke atas
pesakit. Berkat usaha dan rawatan membabitkan latihan
otot pelvis, latihan semula pundi kencing dan perubahan
diet, Murni akhirnya sembuh sepenuhnya.
Tanda-tanda kencing tidak lawas
akibat jangkitan saluran kencing:
- Kerap ke tandas.
- Kencing tidak puas.
- Tidak dapat menahan kencing.
- Kencing terasa panas dan pedih.
- Sakit pada bahagian ari-ari.
- Kadang kala alami kencing berdarah.
- Demam.
Tips Pemakanan Untuk Penghidap
Kencing Tak Lawas
1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum
tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.
2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti
minuman berkafein
3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan
keradangan salur kencing
4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh
menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot
lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.
5. Elakkan gula berlebihan.
Tinggi aras gula dalam darah
menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
SET MASALAH KENCING TAK LAWAS
Bagaimana set ini membantu masalah
kencing tak lawas?
Substaines Release Vita C Plus
membantu penghasilan estrogen
terutama kepada wanita menopos.
Ostematrix
membantu pengawalan otot
B Complex
membantu kesihatan saraf
Vita E
Menstabilkan fungsi pundi kencing
GLA Complex
Memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing