Khamis, 20 Mac 2014

Dos Vitamin C yang dibenarkan




Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat  label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru
Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg.
Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia.
“Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004.
Walau bagaimana pun, mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan yang ialah 100 milligram sehari dan tidak melebihi 2 grams (2,000 milligrams) sehari bagi orang dewasa yang sihat.
Bagi manusia yang sihat, pemakanan yang seimbangkan selalunya mengandungi vitamin C yang mencukupi, sementara wanita hamil, lelaki perokok, dan individu yang bekerja dalam keadaan yang lebih stress memerlukan dos yang lebih tinggi sedikit.
(Milton, K (2003). “Micronutrient intakes of wild primates: are humans different?”. Comparative Biochemistry and Physiology – Part A: Molecular & Integrative Physiology 136 (1): 47–59).
Jika mengambil dos yang tinggi, selalunya individu tersebut akan mengalami ceret-beret akibat kesan osmotic yang ada pada vitamin C. Oleh jika seseorang itu mengalami ceret beret setelah mengambil vitamin C 100mg, maka dos yang lebih rendah dicadangkan.
Saya mencadangkan bagi sessiapa yang ingin mengambil vitamin C sebagai suplemen agar mengikut dos yang dicadangkan dicadangkan di Amerika Syarikat.
IndividuDos yang dicadangkan (mg/hari)
Lelaki dewasa (lelaki)90
Lelaki sewasa (wanita)75
Had maksima yang dibenarkan (lelaki dan wanita)2000
Bagi perokok, dos yang dicadangkan ialah penambahan 45mg dari dos yang dicadangkan.  Kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun, tidak dibenarkan untuk mengambil dos melebihi 400mg. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun pula tidak harus mengambil vitamin C tidak melebihi 650mg. Kanak-kanak berumur 9 hingga 13 tahun tidak harus mengambil vitamin C melebihi 1200mg,
Bagi wanita hamil dan menyusukan anak pula, dos yang dicadangkan ialah 85mg sehari dan tidak harus mengambil 1000mg sehari.
Wallahu a’lam.


Sumber: Blog DrZubaidi

0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING