Rabu, 6 Ogos 2014

PENYAKIT BATU KARANG | SIMPTOM DAN CARA MENGATASINYA DENGAN SHAKLEE





TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. 

Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.


Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). 

Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang -  
kegagalan akut dan kronik - akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.




Fungsi utama buah pinggang adalah 


menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh

Fungsi utama lain, 

membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.




mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.





Tanda utama kerosakan buah pinggang 

sakit pinggang (low back pain)

Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.


Apabila seseorang misalnya sering 

mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.


Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.


Simptom2 lain penyakit batu karang adalah


SIMPTOM #1

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. 


Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.



Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. 


SIMPTOM #2.

Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering. 

Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.



Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.



Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya 
ubat pengawal paras kolesterol jenis 
statin dikatakan menyebabkan 
kerosakan hati dan kegagalan buah 
pinggang.


Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. 

Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!



Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. 

Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.


SIMPTOM #3.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. 
Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.


Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk 
air kencing berbuih

kerap kencing pada waktu malam, 

semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

 Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

NAMUN...

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. 

Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai
menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.


Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stress kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.




Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

SIMPTOM #4.

 Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.


Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.


SIMPTOM #5.

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.



Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.




SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT

 BUAH PINGGANG YANG KRONIK



Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti 

hilang selera makan, 
loya, 
muntah, 
melayang-layang, 
lesu kronik, 
sukar fokus, 
insomnia, 
sakit kepala, 
berat badan berkurangan, 
kulit gelap, 
kejang otot, 
sukar bernafas dan 
sakit

dada. 
Kulit semakin kering dan gatal. 
Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.


Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.



Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.





Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

¤ Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

¤Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

¤ Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.

¤ Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

¤ Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

¤ Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

¤ Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

¤ Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

¤ Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

RAWATAN BATU KARANG DENGAN SHAKLEE

Jika anda mempunyai masalah batu karang, anda juga boleh mencuba vitamin Shaklee♡

Vitamin Shaklee & Fungsinya dalam membantu masalah Batu Karang :

B-Complex 
– menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C 

– mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid


OsteMatrix 

– mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang


Alfalfa Complex 

– mengurangkan infeksi & inflamasi


Carotomax 

– menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang


Lecithin 

– membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Jika anda, keluarga anda, saudara mara anda mahupun sahabat handai anda mempunyai masalah batu karang, jangan berlengah untuk dapatkan VITAMIN SHAKLEE ini


************************************************

DAPATKAN SET BATU KARANG SEKARANG SHAKLEE HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING