Isnin, 7 Julai 2014

ACID FOLIC | KENAPA DIPERLUKAN OLEH IBU HAMIL??

Apakah asid folik dan fungsinya secara umum?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B
dikenali sebagai B9, Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, .
Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

 Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). 

Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan
DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi
otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang
belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu
dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. 

Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.

Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubuh mereka. 

Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbeza. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. 

Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat  dan kelesuan badan (tidak bertenaga).

Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan "fetal", yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung. 

Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. 

Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. 

Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). 

Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. 

Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. 

Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.

Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. 

Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama. 

Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. 

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).

Mengapakah ibu hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya 
(kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi. 


Berapakah jumlah asid folik yang ibu hamil perlukan?

Dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. 
Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. 
Baik juga jika ibu hamil makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. 
Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu dan bayi. 

Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.




Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat 
bagi setiap hidangan:



brokoli kukus, 2 pucuk;

buah oren saiz besar;

nasi putih, setengah cawan;

oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. 

Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. 

Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Lebih mudah untuk anda dapatkan keperluan Asid Folik di dalam B Complex Shaklee



B Complex shaklee termasuklah dalam set kehamilan shaklee yang sangat laris kini!!


Baca lagi
SET KEHAMILAN SHAKLEE

**************************************

DAPATKAN B COMPLEX  DAN SET KEHAMILAN SHAKLEE HARI INI

MAHUKAN SET YANG MENGIKUT BAJET ANDA??
BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA 
0124432152



COD SELURUH
SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH

KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA
Hubungi sekarang!!

0124432152

iR JULIA BINTI JAMIL
998011


juliajamil79@yahoo.com




0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING