Khamis, 30 Oktober 2014

HARI ASYURA | PENGEDAR SHAKLEE KEDAH



Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. 
Asyura berasal daripada perkataan Arab Asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. 
Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Antara sejarah besar dan keajaiban yang berlaku di hari assyura


Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.



PERKARA SUNAT HARI ASYURA DAN FAZILATNYA

Puasa Sunat Asyura 
dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.



Fadhilatnya : diampunkan dosa-dosa setahun yang lalu dan yang akan datang 
(dari hadis Sohih Muslim)

Melapangkan masa / belanja anak dan isteri. 
Fadhilatnya : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin 
Fadhilatnya :  Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah.
Fadhilatnya : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
Fadhilatnya : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka)

Fadhilatnya : Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah.
Fadhilatnya :Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri.
Fadhilatnya :Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat 
dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadhilatnya :Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Bercelak.
Fadhilatnya :Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu (1000) kali.
Fadhilatnya : Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat 
dengan lafaz niat: 
"Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.  

Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

Fadhilatnya :Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Menjamu orang berbuka puasa.
 Fadhilatnya :Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.






0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING