Jumaat, 21 Mac 2014

FAKTOR KESUBURAN WANITA

Faktor Kesuburan Wanita

Bila usia perkahwinan yang dibina belum dikurniakan zuriat.. Baik suami atau isteri janganlah saling menyalahkan antara satu.
Lelaki atau wanita sama berpotensi sebagai penyumbang kepada ketidaksuburan. Oleh itu, adalah lebih baik mengesahkannya melalui ujian2 perubatan moden. Sebelum menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kesuburan apa kata kita kaji sendiro faktor yang mempengaruhi ketidaksuburan.. Terutama bagi pihak wanita.
Tahap kesuburan wanita memang dipengaruhi banyak faktor. Hal itu disebabkan alat-alat reproduksi wanita jauh lebih kompleks berbanding lelaki.

Faktor-faktor apa saja yang patut diperhatikan?

1. USIA
antara usia 20-30 tahun, tingkat kesuburan wanita sangat tinggi.
Namun, selepas usia 35, tahap kesuburan ini mulai menurun.
Bila memasuki usia 40tahun pula tahap kesuburan wanita semakin merosot. 


2. Usia menopause keturunan (ibu wanita) Jika ibu wanita itu mengalami menopause di bawah usia 45 tahun? Waspadalah!
Tahap kesuburan wanita ternyata adalah dipengaruhi faktor genetik. Wanita yang memiliki ibu dengan menopause normal atau terlambat, lazimnya lebih subur


3. Kitaran haid Kitaran haid yang baik adalah jika jarak dari hari haid pertama hingga haid pertama berikutnya adalah antara 21-35 hari. 

4. Keputihan Keputihan boleh menjadi faktor yang menentukan bagi kesuburan wanita, terutama bila jenis keputihan yang dialami itu diluar dari kebiasaan.

5. Senggugut Senggugut merupakan gejala endometriosis, iaitu adanya sel endometrium (sel dalam rahim) yang melekat di dinding rahim (di tempat yang tidak sepatutnya)

6. Merokok Merokok mengganggu sistem vaskularisasi (peredaran darah) dalam tubuh. Apabila mengalami ganguan organ-organ penting tidak mendapat aliran darah yang cukup, maka seluruh organ tubuh, termasuk organ-organ reproduksi, menjadi tidak sihat. Dan akhirnya produktiviti ovum juga turun menurun.

7. Obesitas Bila BMI (body mass index) anda di atas 25, lemak secara automatik menjalani proses esterifikasi (proses spontan yang mengubah lemak menjadi hormon).
Sayangnya, hormon ekstra yang dihasilkan itu mengganggu keseimbangan hormon yang sudah ada di dalam tubuh. Sepatutnya untuk proses pengeluaran sel telur, syarat utamanya adalah hormon dalam keadaan seimbang. 


8. Diet yang tidak seimbang
Menurut dr. Marilyn Glenville, penulis buku Natural Solutions to Infertility, makan teratur sangat bermanfaat untuk kesuburan kerana ia dapat menseimbangkan kadar gula darah. Kadar gula darah yang rendah akan menghambat penyerapan hormon progesteron. Hormon ini bermanfaat menjaga ovum. 


0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING