Khamis, 25 September 2014

APA ITU PCOS? (POLYCYSTIC OVARY SYNDROME)

Apa itu PCOS

PCOS adalah singkatan kepada 

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS) - sindrom ovari polisistik 

ialah satu keadaan dimana hormon wanita tidak seimbang. 

Dan keadaan yang boleh menganggu sistem peranakan wanita diamana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan seterusnya membuatkan ia sukar hamil.


Menurut Dr Hamit Arshad (Pakar Sakit Puan) :
"Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan."

Menurut Dr. Suriati Akmal Mahari
Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras:

kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"



TANDA-TANDA PCOS

Adakah anda mengalami situasi berikut :-

 pertumbuhan bulu bulu di badan @ di muka bertambah, 



 haid tidak teratur atau tidak datang berbulan bulan, 

gelap di bahagian celah kangkang @ leher @ ketiak, 

✔ kencing manis, 

jangkitan kulan di vagina, 

✔ jerawat 




Perbezaan Ovari Normal dan PCOS





Punca PCOS

Biasanya PCOS berkait rapat dengan genetik atau keturunan. Ini bermakna jika mak kita atau sedara perempuan kita mengalami PCOS yang lain juga turut mengalami PCOS. 

Tapi bukan semua PCOS berpunca dari keturunan.



Kaitan PCOS dengan Kesuburan

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. 

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan. Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.



Betul ke PCOS Sukarkan anda hamil??


YA!!
 PCOS adalah salah satu punca susah nak MENGANDUNG !!!

tapi jangan kecewa.. sebab yang mengalami PCOS tidak mustahil untuk anda mandapat zuriat sendiri :)

Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. 

Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi.

Risiko Jangka Panjang

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantungtahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin.

 PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. 

Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.


Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.



Pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Mahes Sittampalam, 
"kitaran haid yang tidak menentu adalah antara gejala yang menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
PCOS adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak diperkatakan mengenainya. Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berumur lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari. Ini menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular "

Alfalfa Complex dan Pesakit PCOS

Boleh tak pesakit PCOS ambik Alfalfa Complex?

Menurut pembacaan saya di blog Dr zubaidi di sini ,
pesakit PCOS bukan sahaja mengalami masalah kesuburan tetapi juga mungkin mengalami masalah Insulin Resistance yang akhirnya menyebabkan masalah Metabolic Disease yang akhirnya mereka berisiko mengalami Diabetes Mellitus dan juga sakit jantung di usia muda. 



Menurut kajian, penggunaan suplemen yang mengandungi Phytosteron oleh wanita yang mengalami PCOS boleh membaiki masalah Metabolic Disease.

*Metabolic Syndrome adalah kumpulan masalah 3 serangkai (Obesiti, tekanan darah tinggi, tahap kolestrol dan gula dalam darah tinggi) yang akhirnya akan mengundang sakit jantung dan kencing manis


Alfalfa Complex ada kandungan Phytostrogen (sama sifat dengan kacip fatimah tau!)


BERMAKNA.. 

ALFALFA COMPLEX SELAMAT DI AMBIL DAN INSYAALLAH MEMBANTU MERINGANKAN RISIKO PENYAKIT 3 
SERANGKAI



************************************************


DAPATKAN SUPLEMEN ANDA HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING