TIPS MEMUPUK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
***Hapuskan Majlis Kelalaian dalam Rumah Kita***
Berat mulut saya untuk mengatakan perkara ini, tetapi demi merealisasikan fikir risau Rasulullah saw ke atas ummat ini, maka saya kuatkan tangan untuk menaipnya.
Jika kita ingin anak kita suka belajar, rumah kita perlu ada “suasana ILMU”. Tidak boleh ada suasana panggung wayang atau kelab karaoke dalam rumah kita, kerana suasana-suasana seumpama ini akan “membunuh” suasana ilmu yang ingin kita wujudkan tadi.
Katakan begini..
Sekiranya rumah kita berbau busuk kerana ada sampah yang sudah lama tidak dibuang, maka kita pun cuba untuk mewangikan rumah kita dengan pelbagai cara. Kita sembur minyak wangi X, kita pasang aromatherapy X, kita pasang penyembur wangian otomatik X dsb.
Tapi jika kita buat semua tu tapi dalam masa yang sama, kita tak mahu buang sampah yang busuk tadi. Agak-agaknya lah kan, bau busuk tadi boleh hilang tak?
Tentu TIDAK kan? Kita perlu buang sampah yang busuk tu dulu..
Kemudian, barulah sembur minyak wangi dsb. InsyaAllah, selepas itu, barulah rumah kita akan berbau harum dan wangi sepanjang hari.
Macam tu juga dengan majlis kelalaian. Sekiranya majlis panggung wayang ada di rumah kita, tetapi dalam masa yang sama, kita mahukan suasana ilmu terwujud dalam rumah kita, maka, usaha kita akan menjadi sia-sia. Belilah satu lori buku sekalipun, anak kita tetap tak suka membaca.
Kerana …Satu kebaikan dan satu kemungkaran tidak akan duduk dalam satu tempat yang sama. Apabila kemungkaran ada di rumah tersebut, maka kebaikan akan lari. Malaikat akan lari. Rahmat Allah swt akan pergi. Keampunan Allah swt juga akan pergi sekali.
Jadi saranan saya, mulai hari ini, buatlah keputusan untuk menutup TV di rumah kita buat selama-lamanya. Dengan TV, kita tidak dapat mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak kita. Kita tidak dapat mengawal masa belajar mereka. Kerana, tarikan TV lebih kuat daripada tarikan buku.
Dan natijahnya, kita juga yang susah..
Nak suruh anak belajar susah, nak suruh anak solat susah, nak minta tolong anak khidmat pun susah..
Pendek kata, TV menyebabkan anak-anak kita sukar untuk dibentuk mengikut acuan kita. Jadi sekarang, buatlah keputusan..nak didik anak dengan senang, atau jalan yang susah.
Kalau begitu, nak buat apa, kalau anak rasa bosan??
Didik anak-anak kita untuk menggantikan TV dengan membaca Al Quran dan terjemahannya. Gantikan TV dengan zikrullah.
Gantikan TV dengan membaca buku-buku. Gantikan TV dgn bermain permainan yg membina fizikal & minda.
Tunjukkan contoh kepada mereka, inilah caranya untuk kita memanfaatkan masa yang kita ada.
Walaubagaimana pun, ibubapa masih lagi boleh menggunakan TV.
Tetapi, TOLONG pilihkan dan aturkanlah saluran yang sesuai ditonton oleh anak-anak kita, (seperti memasang DVD pendidikan, bacaan Quran dsb.) InsyaAllah, sedikit demi sedikit Allah swt akan campakkan sifat cinta pada ilmu dan amal kepada anak-anak kita, selagimana kita lakukan ini semua untuk mendapat keredhaan Allah swt. InsyaAllah..Aamin
0 ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING