Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang.
Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala.
Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu:
Migrain tanpa aura
Migrain dengan tanda aura
Opthalmoplegic migrain
Status migrain
Tanda-tanda atau simptom bagi setiap jenis migrain:
Migrain tanpa aura
Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis. Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual, serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula amatlah sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.
Migrain dengan tanda aura
Migrain jenis ini jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jeinis ini berlaku, penghidap akan teras mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan selama beberapa minit.
Opthalmoplegic migrain
Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga menyebabkan mata menjadi juling dan menjadi buta buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, migrain jenis ini terlalu jarang berlaku dan turut mengakibatkan pesakit mengalami hilang pandangan dalam masa beberapa minit. Dalam situasi ini mata akan menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
Status migrain
Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan dan boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat serangan strok . Jika berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah-muntah dan mengalami sakit perut yang berulang-ulang."Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti 'severe' iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-duanya. Serangan migrain juga boleh muncul melalui 'local' iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.
Pesakit juga akan mengalami 'pallor' atau situasi berpeluh di mana kebiasaannya pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan migrain yang datang daripada faktor cahaya dan buyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut.
Cara-cara untuk mengatasi migrain:
Serangan migrain mungkin juga adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian. Berikut adalah antara cara-cara yang boleh diusahakan untuk mengatasi serangan migrain:
1. Tidur yang cukup
Jangan bebani hari anda dengan melakukan kerja tanpa mengambil masa untuk berehat dan makan. Ambil masa yang ada dan cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
Sebaiknya tidur 6 hingga 8 jam sehari.
Rehatkan otak anda dan serahkan segalanya kepada mekanisma tidur.
2. Bersenam
Sesetengah berpendapat bahawa bersenam mampu mencegah serangan migrain. Berjoging dan senaman ringan seperti aerobik, berjalan, menaiki tangga bole membantu anda mengatasi serangan migrain.
Sesetengah berpendapat bahawa bersenam mampu mencegah serangan migrain. Berjoging dan senaman ringan seperti aerobik, berjalan, menaiki tangga bole membantu anda mengatasi serangan migrain.
3. Meditasi
Meditasi adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi serangan migrain.
Stress juga bole menyebabkan anda cenderung kepada migrain.
Jadi, duduk dengan menyilangkan kaki anda secara selesa dan pejamlah mata seketika. Lupakan segala masalah, fikirkan yang anda sedang berada di suatu tempat yang aman seperti taman, tepi pantai, atau tempat yang tenang bagi anda dan senyum. :)
4. Menjaga pemakanan
Pakar pemakanan dan naturopati, Max tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Anda juga harus berhati-hati dengan kafein kerana ia boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik.
Pakar pemakanan dan naturopati, Max tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Anda juga harus berhati-hati dengan kafein kerana ia boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik.
Amalkan minum air kosong yang cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta teh herba. Tekanan darah tinggi juga boleh cenderung kepada serangan migrain.
Justeru itu, kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian anda. Pengambilan makanan segera juga harus dititik beratkan kerana kandungan bahan kimia didalamnya juga salah satu penyebab anda terkena serangan migrain.
Cadangan Suplemen Untuk Migrain
B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.
Pilihan untuk anda?
B Complex Shaklee yang lengkap dengan semua vitamin B memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Ostematrix
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
************************************************
DAPATKAN SUPLEMEN UNTUK MIGRAIN HARI INI
Cash On Delivery
SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG
SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
POSLAJU SELURUH MALAYSIA
0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com
0 ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING