Rabu, 1 Oktober 2014

PENGEDAR SHAKLEE KEDAH | GOUT TANDA-TANDA, KOMPLIKASI DAN RAWATAN


Apa itu GOUT?


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. 

Tanda Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’ Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

Kegemukan

Darah tinggi

Hiperlipidemia

Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.


Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Mengelakkan minuman keras.


Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.



Pencegahan


Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.




Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.




************************************************



DAPATKAN SUPLEMEN ANDA HARI INI

Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING