Isnin, 20 Oktober 2014

PUNCA SAKIT PINGGANG DI HUJUNG KEHAMILAN | INFO HAMIL | PENGEDAR SHAKLEE KEDAH

Anda sering mengalami sakit belakang terutama pada trimester ke 3 kehamilan??

TAHUKAH ANDA.. CARA DUDUK YANG SALAH MERUPAKAN SALAH SATU FAKTOR TERJADINYA MASALAH SAKIT PINGGANG DI KALANGAN IBU HAMIL.




Saya kongsikan di sini gaya duduk yang PERLU DIELAKKAN oleh ibu hamil



DUDUK MEMBONGKOK

Kebiasaan duduk membongkok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan masuk ke ruangan pelvis dengan bahagian belakangnya. Sekaligus menyukarkan proses kelahiran kelak.

Elakkan duduk membongkok kerana ia memberi tekanan pada bahagian belakang.
Kandungan yang semakin membesar sudah menambah bebanan saraf tunjang anda.. Tambah terbeban lagi jika anda membongkok.
Pastikan anda duduk secara menegak dengan keadaan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya ini adalah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.


DUDUK DENGAN KAKI BERJUNTAI

Duduk dengan kaki berjuntai akan menambahkan pengaliran darah ke kaki, sekaligus menyebab kaki bengkak. Elakkan juga duduk dengan kkli menyilang.

Sentiasa pastikan tapak kaki anda mencecah lantai yang rata dengan paha lurus atas kerusi ( dalam kedudukan 90°)



DUDUK TIDAK BERSANDAR

Duduk tanpa bersandar akan menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian belakang.

Sokong bahagian belakang anda sebanyak mungkin dengan menggunakan kerusi sandar penuh. Jangan sekali kali duduk atas stool ya.



MEMBONGKOK BADAN KE DEPAN

Walaupun bahagian belakang anda mungkin lurus, tetapi gaya dudk sambil membongkok badan ke depan alan menekan kandungan.

Cara ini bukan sahaja tidak selesa pada ibu, malah juga membahayakan bayi didalam kandungan. Tulang sangkar rusuk anda mungkin menekan badan bayi anda!



BARING BERSANDAR

Banyak ibu hamil suka berbaring sambil meninggikan bahagian belakang apabila di atas katil.

Cara begini sebenarnya menambah tekanan pada saraf tunjang anda.
Elakkan dari duduk dengan gaya-gaya di atas ya..

Nota tambahan: 
Selain elakkan cara duduk yang tak sesuai, wanita hamil tidak boleh berada dalam satu-satu posisi yang sama melebihi 30minit. Berehat atau berjalan-jalan seketika.




ANDA DAH BERSEDIA UNTUK BERSALIN??
DAH SIAPKAN SET BERPANTANG??



\

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI PETANI KEDAH
0124432152

0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING