Khamis, 2 Oktober 2014

PETUA ELAK BAYI TERSEDAK SUSU | PENGEDAR SHAKLEE KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim..
Ok.. hari ni saya nak kongsikan sedikit info berkaitan penyusuan susu ibu.
Istimewa buat ibu-ibu hamil anak pertama  yang bakal melahirkan bayi dan belum ada pengalaman menyusu.
salah satu perkara yang sangat dikhuatiri ialah masalah bayi tersedak susu.
Masalah yang kerap kita dengar sekarang. Bayi di pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak meninggal dunia kerana tersedak susu.. takut kan??

Apa punca berlaku masalah tersedak susu?

Masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.
“Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus."
Esofagus bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru” 
Jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.
Organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian.
Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea. Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. 
Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu
Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.
Oleh itu, JANGAN beri bayi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.
Pastikan bayi menyusu dalam posisi yang betul. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang. Jadi JANGAN menyusu bayi yang dalam keadaan terlentang. Tinggikan sedikit kepala bayi setiap kali menyusu

Punca ke 2 bayi tersedak susu ialah masalah 

Gastroesofagial Reflux.

Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea.

Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi.
Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang.
Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar

Lain-lain faktor penyebab tersedak susu

Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan.
Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini.

Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, 

berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.

Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.



Pastikan anda selesa (duduk/baring).
Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
Sentuh puting anda pada mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tompok hitam (aerola) ke mulut bayi.
Dagu bayi menyentuh payudara.
Kedengaran bunyi bayi menelan. (dengar cara bayi menelan , jangan tidur )





PENGEDAR SAH SHAKLEE


Cash On Delivery 

SG PETANI, GUAR CHEMPEDAK, YAN-KEDAH
KEPALA BATAS, PERAI-PULAU PINANG

POSLAJU SELURUH MALAYSIA

0124432152
iR JULIA BINTI JAMIL
998011
juliajamil79@yahoo.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING