Isnin, 20 Oktober 2014

TIPS CANTIK | PETUA RAMBUT SIHAT | PENGEDAR SHAKLEE KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Rambut anda kerinting?? Lurus?? Ikal??

Panjang ke pendek??



Rambut lurus ni.. Nampak kemas.. 



Rambut ikal pulak orang kata nampak seksi dan menawan..


Rambut kerinting?? Unik tau!!




Tak kisah la macam mana jenis rambut anda kan.. Yang penting rambut mestilah sihat dan dijaga rapi walaupun bertudung sepanjang hari..


Biasanya kita akan menggunakan shampoo dan kondisioner yang sesuai untuk mencuci.. Kadangkala kita akan ke saloon untuk rawatan rambut..



Jangan lupa untuk kesihatan rambut.. 

Pemakanan dengan diet yang seimbang juga perlu.

Tapi bagi anda yang bertudung.. Susah kan nak buat rawatan rambut di saloon.. Susah nk cari saloon muslimah bagi menjaga aurat kita..

Apa kata kita cuba petua tradisi untuk perawatan rambut... Jom kita tengok..


HITAMKAN RAMBUT DENGAN SANTAN


Perap rambut dengan santan kelapa. Sapu rata pada seluruh rambut, balutkan kepala dengan tuala. 

Biarkan selama 15-20minit, cuci sehingga bersih.


*santan bukan sahaja boleh menghitamkan rambut, malah boleh menyuburkan dan menyejukkan kulit kepala


HILANGKAN KELEMUMUR DAN KEGATALAN KULIT KEPALA DENGAN LIMAU PURUT.



Untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala, gosok kulit kepala secara perlahan-lahan dengan limau purut yang dibelah dua.

Gosok secara rata dan bilas bersih.


Buat selang sehari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan


MELEBATKAN RAMBUT DENGAN DAUN BUNGA RAYA


Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut.

Balut kepala dengan tuala selama 30minit. Kemudian bilas hingga bersih. 


Daun bunga raya membantu melebatkan rambut dan membuatkan mahkota wanita berkilat



ATASI KEGUGURAN RAMBUT DENGAN LENDIR LIDAH BUAYA

Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut.

Sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala.

Perap selama 20minit dan bilas hingga bersih.



*Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala dan mengatasi rambut kering dan gugur.

MELEBATKAN DAN MENGHALUSKAN RAMBUT DENGAN AIR RENDAMAN KACANG HIJAU

Rendam secawan kacang hijau semalaman. Tapis dan ambil airnya. Sapukan pada kulit kepala
Urut kepala perlahan-lahan. Biarkan sehingga rambut kering. Bilas bersih.
Amalkan selalu.
Selain melebatkan dan menghaluskan rambut, petua ini juga membantu mengatasi masalah migrain dan sakit kepala.


ATASI RAMBUT KERING DAN BERCABANG DENGAN DAUN RAMBUTAN


Daun rambutan muda sangat baik untuk merawat rambut kering dan bercabang. Macam mana?



Ambik segengam daun rambutan muda.
Basuh bersih dan rendamkan dalam air. 
Ramas sehingga keluar lendir, sapukan pada rambut

Lakukan 3kali seminggu.. Anda pasti berpuas hati.


BERSIHKAN KULIT KEPALA DENGAN KULIT TEMBIKAI


Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang warna putih). 

Gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan.

Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu sehingga 20-30minit. Selepas itu bilas bersih.


PERAPI SEMULAJADI DENGAN YOGURT


Yogurt bukan sahaja enak dimakan tetapi juga dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar.

Khasiat yang terkandung di dalamnya mampu merawat rambut rosak




SET PENJAGAAN KULIT KEPALA SHAKLEE



Nourishing Scalp Treatment





Menyelesaikan masalah rambut gugur di peringkat akar umbi.
Serum ini mudah diserap oleh kulit kepala dan membekalkan khasiat secara langsung kepada kulit kepala.
Serum ini tidak berminyak atau melekit pada rambut
Serum ini mengandungi antioksida yang terdapat dalam Vitamin A dan E serta CoenzimQ10 yang melindungi kulit kepala dari radikal bebas.




Revitalizing Shampoo



Menjadikan kutikel rambut lembut dan beralun

Menyegarkan dan mengimbangi kulit kepala dan rambut tanpa penghidratan berlebihan



Purifying Shampoo



Membersihkan hingga ke akar rambut


Membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar


Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut


Sangat sesuai untuk  mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala dan untuk anda yang bermasalah kelemumur.


Repleshing Conditioner


Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut suteraMemperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabangMenguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli



Membersih hingga ke akar rambut

Sesuai diambil bersama Purifying shampoo


Lightweight Conditioner


Melembapkan rambut
Rambut lebih tebal dan berkilat.
Sesuai di ambil bersama Revitalizing Shampoo



Long Lasting Finishing Spray


Mengekalkan gaya rambut



Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit


Memberi perlindungan UV

Menguruskan rambut kerinting halus dan rambut yang mudah kusut


Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat







PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI PETANI

0124432152



0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING