Isnin, 13 Oktober 2014

KEK MARBLE KUKUS

 Hujung minggu lepas balik rumah mak.. teringin nak makan kek kukus.. 
senang je.. guna minyak dan susu pekat..

resepi saya dapat utk bakar.. 
tapi oven rumah mak tak berapa ok so saya kukus je..

meh saya share kan resepinya dengan anda..


Bahan-bahan



5 biji telur

3/4 cawan gula halus 
(saya gn 1/2 cawan gula kastor)

2 cawan tepung gandum 

1 sk baking powder

1 cawan susu pekat 
(saya gn 3/4cawan

1 sudu besar ovallate

1 cawan minyak masak

perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna

1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

Ayak tepung gandum bersama baking powder.

Ketepikan

Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

Masukkan susu pekat dan esen vanila. 

Pukul lagi sekejap.

Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi 
hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum. 

Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti

kukus

Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



*rasanya lepas ni nak kena adjust tambah soda sikit.. bagi ringan sikit kek ni..


jom try resepi ni!!

"Sharing is caring"

0 ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN LINK ANDA!! SAYA NAK BLOGWALKING